Monday 7 May 2012

NIAT : PERMULAAN SEGALA AMALAN

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khatab r.a. aku mendengar Nabi SAW bersabda :


 "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niatnya.  setiap orang dinilai dengan niatnya.  sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul-Nya.  Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya mengikut tujuan hijrah itu".

SIRAH NABAWIYAH

BAB 1 : HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH

AKIDAH

BAB  : Fardu Ain Dan Fardu Kifayah
  
Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Fardu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.

2.         Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakan fardu kifayah, maka semua   masyarakat tersebut akan berdosa.

3.         Antara contoh perkara fardu ain ialah:

     (a)    menunaikan solat fardu;
     (b)   berpuasa pada bulan Ramadan;
     (c)    berbakti kepada ibu bapa.

4.         Antara contoh fardu kifayah ialah:

     (a)    solat berjemaah;
     (b)   menguruskan jenazah;
     (c)    menguasai ilmu teknologi maklumat, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.










BAB  : Kepentingan Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1.         Kepentingan fardu ain kepada individu:

     (a)    melahirkan individu yang taat kepada pemerintah dan larangan Allah SWT;
     (b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
     (c)    melahirkan individu yang bermaruah dan dipandang mulia oleh orang lain.

2.         Kepentingan fardu ain kepada masyarakat:

     (a)    melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam;
     (b)   segala perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan mudah;
     (c)    melahirkan masyarakat yang aman, harmoni dan diberkati Allah SWT.


3.         Kepentingan fardu ain kepada negara:

     (a)    melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia;
     (b)   melahirkan umat Islam yang hidup bersatu dan berkerjasama antara satu dengan yang lain;
     (c)    pembangunan negara berjalan dengan baik serta mengikut syariat Islam.

4.         Akibat mengabaikan fardu ain:

     (a)    jiwa tidak tenteram dan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu;
     (b)   mendorong seseorang melakukan perkara-perkara yang mungkar;
     (c)    jauh daripada keberkatan dan keredaan Allah SWT.

5.         Kepentingan fardu kifayah kepada individu:

     (a)    tekun dan sabar dalam menimba ilmu;
     (b)   melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
     (c)    mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.

6.         Kepentingan fardu kifayah kepada masyarakat:

     (a)    dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat Islam;
     (b)   masalah sosial umat Islam dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan hukum Islam;
     (c)    umat Islam akan bertambah maju dalam pelbagai bidang.

7.         Kepentingan fardu kifayah kepada negara:

     (a)    negara bertambah maju dalam semua bidang kehidupan;
     (b)   negara dalam keadaan aman dan makmur;
     (c)    negara dihormati dan menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.

8.         Akibat mengabaikan fardu kifayah:

     (a)    umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang;
     (b)   hidup dalam keadaan tersisih dan terpinggir daripada kehidupan masyarakat;
     (c)    hidup dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak memiliki ilmu dan kemahiran.

ADAB DAN AKHLAK

BAB  : Adab Makmum Solat Jumaat

    Adab-adab ketika di masjid:

(a)   memakai bau-bauan;
(b)   memakai pakaian yang suci dan bersih;
(c)   sentiasa dalam keadaan berwuduk;
(d)   menjaga ketenteraman dengan tidak berbuat bising.

        Adab ketika masuk masjid:

(a)   melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan;
(b)   membaca doa;
(c)   tidak melangkah makmum yang berada dalam masjid;
(d)   penuhkan saf kosong di hadapan.

         Adab-adab setelah masuk ke dalam masjid:

(a)   solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum duduk;
(b)   berniat iktikaf;
(c)   bersalam dengan jemaah yang berhampiran;
(d)   membaca al Quran, berselawat, berzikir dan berdoa.

        Adab-adab sebelum solat Jumaat:

(a)   mandi sunat Jumaat;
(b)   memotong kuku, menggunting misai dan bercukur;
(c)   memakai pakaian yang bersih dan suci;
(d)   memakai bau-bauan yang diharuskan.

       Adab selepas solat Jumaat:

(a)   mengerjakan solat sunat;
(b)   berdoa selepas selesai menunaikan solat
(c)   membaca doa keluar masjid
(d)   bersegera meneruskan aktiviti harian setelah selesai solat Jumaat.



TILAWAH AL-QURAN

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
[ SURAH AL BAQARAH : AYAT 1 – 5 ]
1.       MAKSUDTAQWA
-          Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya
2.       CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA(berdasarkan surah Al- Baqarah ayat 1- 5 )

·         Beriman dengan perkara ghaib *
·         Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
·         Membelanjakan sebahagian rezeki / harta pada jalan Allah4.Beriman & beramal dengan ajaran Al Quran
·         Beriman kepada kitab-kitab asal yg diturunkankpd rasul-rasul
·         Beriman dengan Hari Akhirat

3.       Perkara Ghaib:
-          ialah perkara yang tidak mampudifikirkan oleh akal manusia tetapi boleh diketahui melaluiAl Quran & Hadis.

-          Contoh: Alam barzakh, roh, dosa, pahala, syurga,neraka dll

4.       KELEBIHAN ORANG BERTAQWA
·         Dikasihi dan diredai Allah
·         Mendapat kejayaan hidup di dunia & diakhirat
·         Tidak mudah terpengaruh atau terpedayadengan anasir-anasir negatif
·         Sentiasa reda dan tabah menghadapi ujian hidup

5.       USAHA UNTUK MENJADI MUKMIN BERTAQWA
·         Sentiasa menunaikan solat pada waktunya
·         Berusaha membaca dan memahami Al Quran
·         Mengamalkan akhlak mulia
·         Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorongkepada maksiat dan perbuatan keji

6.       PENGAJARAN  AYAT

1.       Al Quran memimpin manusia kejalan yang selamatdunia & akhirat
2.       Solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apasekalipun
3.       Rezeki / harta yang dikurniakan Allah hendaklahdigunakan ke jalan yang diredai Allah









BAB  : KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH (SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)

1.       Tanda-Tanda Keagungan & kekuasaan Allah(Berdasarkan Ayat)

·         Hanya Allah, Tuhan yang layak &berhak disembah
·         Allah bersifat( yang hidup) & ( yang kekal)
·         Allah tidak mengantuk & tidak lalai
·         Allah berkuasa ke atas segala yang ada di bumi &di langit
·         Hanya Allah sahaja yang boleh memberi pertolongankpd sesiapa yg dikehendaki-Nnya
·         Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
·         Allah memberi ilmu kpd sesiapa yang dikehendaki-Nya
·         Ilmu & Kerajaan Allah meliputi seluruh Alam
·         Allah yang mengatur & mengurus seluruh alam
·         Allah Maha Tinggi & Maha Agung

2.       Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

·         Melembutkan hati & memberi ketenangan jiwa
·         Menghindarkan diri dari gangguan syaitan, jin & niat jahat manusia
·         Selamat dari bala, bahaya & bencana
·         Pahala membacanya melebihi pahala membaca ayat lain

3.       Antara Hikmah Kejadian Alam kpd ManusiaHikmah Penciptaan Langit & Bumi

·         Hujan yg diturunkan dari langit menyuburkan bumi &mengawal cuaca panas di bumi
·         Bumi dilengkapi dgn tumbuhan, punca air (sungai &laut), & binatang untuk mudahkan kehidupan manusia
·         Dapat mentabdir & memakmurkan alam mengikutsyariat Islam
·         Hikmah Kejadian Siang & Malam
·         Siang :Manusia boleh mencari rezeki
·         Malam: Untuk berehat & mendapat ketenangan
·         Pertukaran malam & Siang : manusia boleh membahagikan masa utk beribadat & menguruskan hal-hal kehidupan

4.       Hikmah Hidup & Mati

·         Hidup memberi peluang kpd manusia menikmati segalanikmat Allah di bumi
·         Memberi peluang kpd manusia utk beribadat & beramalsoleh
·         Kematian menyedarkan manusia supaya beramal soleh& melakukan perkara kebajikan utk bekalan akhirat
·         Ingatan kpd manusia setiap yg hidup pasti mati

5.       Pengajaran Ayat

·         Allah ,Tuhan yang berhak disembah & kekal hidupselama-lamanyal
·         Allah S.W.T. mencipta , mentadbir & mengatur  perjalanan semua makhluk-Nya
·         Allah mengetahui semua perkara yang belum , sedang& akan berlaku kepada makhlukNya
·         Orang yg beriman sentiasa yakin dgn kekuasaan &keagungan Allah



Saturday 5 May 2012

ISTINJAK

Istinjak

1.         Istinjak ialah perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan alat-alat yang tertentu.

2.         Hukum beristinjak adalah wajib.

3.         Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak:

   (a)    air mutlak seperti air hujan, air laut, air sungai, air perigi, air salji, air embun dan air mata air;
   (b)   benda-benda keras dan kesat seperti batu, kertas, tisu, daun kering dan kayu.


4.         Alat-alat yang haram digunakan untuk beristinjak:

   (a)    kertas yang tertulis ayat al Quran atau hadis, nama-nama Allah dan rasul;
   (b)   bahan makanan seperti roti, biskut, buah-buahan dan sebagainya;
   (c)    benda-benda licin seperti plastik.


5.         Syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda kesat:

   (a)    alat yang digunakan mestilah bersih dan kering;
   (b)   najis yang terdapat pada qubul atau dubur belum kering;
   (c)    najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti paha.


6.         Cara beristinjak dengan menggunakan batu dan air:

   (a)    sapu tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga bucu;
   (b)   kemudian basuh dengan air mutlak sehingga bersih.

7.         Cara beristinjak dengan menggunakan benda-benda kesat ialah dengan membersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat seperti kertas atau kayu sehingga bersih.

8.         Hikmat beristinjak:

   (a)    dapat melakukan ibadat dengan khusyuk;
   (b)   terhindar daripada berlakunya jangkitan penyakit;
   (c)    dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.